Khamis, 10 Oktober 2013

Cara Menjadi Jururawat Selepas SPM

Kerjaya Jururawat sebenarnya salah satu pekerjaan yang amat memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Tambahan pula ramai yang mencari pekerjaan sekarang bukan? Ramai mahasiswa terutamanya yang baru sahaja keluar dari sekolah, atau yang baru habis Universiti yang ingin mencari pekerjaan yang sesuai untuk mereka bukan?
Cara Menjadi Jururawat Selepas SPM

Bagaimana Caranya Nak Menjadi Jururawat Selepas SPM?
..Jawapannya salah ye adik-adik.Zaman sekarang memang sudah ada jururawat lelaki..dan terlatih pula tu ye.
Untuk memohon menjadi Jururawat, lihat dulu kelulusan yang perlu untuk memohon jawatan sebagai Jururawat ini seperti berikut di laman web www.spa.gov.my
Sila pilih jawatan Jururawat yang anda inginkan. Lebih baik memilih sebagai Jururawat Pelatih terlebih dahulu jika anda tiada kelayakan Diploma Jururawat. Permohonan akan jadi sia-sia kalau anda tiada kelulusan pada tahap Diploma iaitu untuk Jawatan Jururawat Gred U29.
Apa yang menarik jika menjadi Jururawat Pelatih?
Untuk menjadi Jururawat Pelatih, sebelum anda menjadi Jururawat Terlatih, ada syarat yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:
Tempoh Latihan:
3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)
1 tahun (bagi calon KPSL daripada Jururawat Masyarakat)

Biasiswa Semasa Latihan: RM621.21 sebulan
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan:
Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah
Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah
Kolej Kejururawatan Pulau Pinang
Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak
Kolej Kejururawatan Taiping, Perak
Kolej Kejururawatan Seremban, Negeri Sembilan
Kolej Kejururawatan Melaka
Kolej Kejururawatan Muar, Johor
Kolej Kejururawatan Johor Bahru, Johor
Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu
Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan
Kolej Kejururawatan Sibu, Sarawak
Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu, Sabah
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (KSKB) Selangor
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching Sarawak
Kolej Kejururawatan Sandakan, Sabah
Apa yang menariknya, menjadi Jururawat Pelatih ini anda mendapat elaun setiap bulan dan anda akan dibayar untuk belajar dan mendapat perkerjaan dengan kerajaan.
Syarat Latihan:
i) Warganegara Malaysia
ii) Umur:
Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
iii) Kelayakan:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
Kepujian mata pelajaran Matematik, Sains dan 3 mata pelajaran lain; dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
iv) Keutamaan:
Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan



Untuk maklumat lanjut...

SILA KLIK DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan