Selasa, 15 Oktober 2013

PELANTIKAN KE SKIM PERKHIDMATAN JURURAWAT

PELANTIKAN KE SKIM PERKHIDMATAN JURURAWAT 

2.1 SYARAT LANTIKAN  :-

(a) Lantikan Ke Gred U29 

i. Memiliki Diploma Kejururawatan daripada Kolej Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia; dan

ii. Telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.


iii. Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 




(b) Lantikan Ke Gred U41 



i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan dengan Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; dan 

ii. Telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

iii. Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

2.2 CARA PERMOHONAN :-Calon yang mempunyai kelulusan seperti di para 2.1 (a) dan (b) adalah layak untuk memohon jawatan Jururawat dengan mengisi Borang SPA 8 melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di alamat :-

http://www.spa.gov.my/Portal/



Untuk merealisasikan impian anda itu kami bekalkan anda dengan panduan lengkap untuk menjawat jawatan Jururuawat Terlatih disini....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan